Monday, October 28, 2013

GOTONG-ROYONG PIBG | 2013

Antara aktiviti anjuran PIBG SK Taman Keramat 1 ialah gotong-royong  yang telah dijalankan pada 26 Oktober 2013 yang lalu. Program yang diketuai oleh En Isma Faizal | AJK PIBG telah menjalankan gotong-royong untuk mengecat semula pentas utama tapak perhimpunan sekolah ini yang dikenali sebagai Dataran Budi.
Selain itu kerja-kerja pengecatan dan pembaikpulihan juga dibuat pada pagar pasu bunga di pinggir dataran tersebut, serta tempat pakir kereta guru. Aktiviti yang menjemput semua ibu bapa penjaga warga SKTK 1 ini disetai oleh lebih dua puluh orang ibu bapa.
Dengan program ini juga pihak sekolah dan PIBG berharap dapat merapatkan silaturahim antara warga sekolah dan ibu bapa.












Sunday, March 3, 2013

Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Keramat 1 kali ki-33

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33 telah diadakan pada 3 Mac 2013. Yang telah dirasmikan oleh Dato' Fuad Tan Sri Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Hal-Ehwal Khas (JASA). Beliau juga telah merasmikan tempat menunggu kenderaan yang telah diusahakan oleh PIBG sekolah ini.