Thursday, November 13, 2008

MALAM MESRA PIBG 2008

Malam Mesra PIBG SKTK1 2008 telah diadakan pada 31 Oktober 2008 yang lalu. Program ini adalah julung-julung kali diadakan. Objektif program ini ialah bagi mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat sekitar. Dalam majlis yang diadakan pelbagai acara diadakan. Cabutan nombor betuah, Anugerah Khas PIBG untuk murid-murid yang berjaya membawa nama sekolah ke peringkat kebangsaan dan persembahan daripada arits jemputan dan persembahan 'live band' antara acara yang menarik. Pada keseluruhannya program ini telah mencapai objektif yang dirancang. Semoga program ini akan menjadi acara tahunan di masa akan datang.

Artis jemputan, Kumpulan Nasyid Haiqal menyampaikan persembahan.



Pentas yang dihias cantik.



Acara cabutan nombor bertuah.



Antara tetamu yang hadir.



Kanak-kanak memeriahkan lagi program



Antara tetamu yang hadir.

Wednesday, October 15, 2008

MAJLIS MALAM MESRA AIDIL FITRI PIBG SKTK1

MAKLUMAN
Kepada semua ibu bapa/ penjaga/ pengunjung blog ini. Pihak PIBG SKTK1 memaklumkan bahawa, PIBG sekolah ini akan mengadakan Majlis Mesra Aidil Fitri pada ketetapan seperti yang berikut:
Tarikh : 31 Oktober 2008
Masa : 08.00 - 11.00 malam
Tempat : Teduhan Damai, SK Tmn Keramat 1.
Majlis atau program yang julung kali diadakan ini adalah berkonsepkan berhibur sambil menderma. Oleh itu setiap orang yang ingin mengikuti program yang dianjurkan ini dikenakan bayaran sebanyak RM12 setiap orang. Dengan kata lain, sekiranya satu keluarga yang ingin menghadirinya yang terdiri daripada 2 orang ibu bapa dan 2 orang anak yang bersekolah di sekolah ini maka mereka dikehendaki menyumbang sebanyak RM48. Perkara ini adalah perlu bagi mendapatkan sedikit dana untuk PIBG di samping untuk digunakan bagi menguruskan majlis yang akan diadakan ini.
semoga dengan majlis sebegini akan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara ibu bapa dan guru.
*Anda ada pendapat dan buah fikiran untuk dikongsi bersama, sila hantar komen anda di ruang yang disediakan - ADMIN

Wednesday, October 8, 2008

AKTIVITI BULAN OKTBER 2008

Mesyuarat PIBG Bil 5/2008 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 8 Oktober 2008 (Rabu)
Tempat : bilik Gerakan SKTK1
Masa : 5.30 petang

AGENDA:

1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat lalu
3. Perkara berbangkit
4. Perbentangan kewangan PIBG
5. Laporan Guru Besar
6. Laporan Biro
6.1 Laporan Program Malam Mesra Aidil Fitri - Biro Sosial
7. Hal-hal lain

Tuesday, August 5, 2008

PENANGGUHAN PROGRAM GOTONG-ROYONG PIBG SKTK1

Assalamualaikum semua, kepada ibu bapa yang terbaca artikel atau terlawat laman blog ini, ingin saya maklumkan bahawa Program yang dirancangkan itu tidak dapat dijalankan memandangkan pada hari Sabtu 9 Ogos tersebut merupakan hari persekolahan ganti bagi SKTK1. Dengan itu dukacita dimaklumkan bahawa Program ini terpaksa ditangguh ke tarikh yang akan diberitahu kemudian. Harap maklum, terima kasih.
daripada; admin blog.

Monday, July 21, 2008

PROGRAM GOTONG-ROYONG ANJURAN PIBG SKTK1

KERTAS CADANGAN PROGRAM GOTONG ROYONG

ANJURAN PIBG SK TAMAN KERAMAT 1 2008.

Tarikh : 9 Ogos 2008

Hari: Sabtu

Masa: 8.00 pagi - 11.00 pagi

Sasaran : Ibu bapa dan guru-guru SK Taman Keramat 1

1. Objektif.

1.1 Membersihkan kawasan sekolah dan sekitarnya.

1.2 Memupuk kerjasama antara ibu bapa dan guru-guru SK Taman Keramat 1.

1.3 Menambahkan kawasan hijau di kawasan SK Taman Keramat 1 dengan memberikan tumpuan kepada penanaman pokok-pokok renek seperti pokok bunga dan tanaman hiasan yang lain.

2. Operasi yang akan dijalankan.

2.1 Menanam pokok-pokok bunga yang sesuai dan menggantikan pokok-pokok bunga yang mati dan tidak subur.

2.2 Menebas, mencantas dan mengemaskan pokok-pokok bunga yang sedia ada agar kelihatan lebih menarik dan menebang atau mencantas dahan-dahan pokok yang mungkin merbahaya kepada murid-murid.

2.3 Membersihkan longkang di dalam dan sekitar kawasan sekolah yang mengakibatkan aliran air tersumbat dan boleh menyebabkan nyamuk membiak.

2.4 Mengecat tembok di bahagian luar pagar depan sekolah.

3. Pembahagian zon dan AJK yang mengetuai.

3.1 Zon 1: Kawasan Dataran Budi dan sekitarnya. Tumpuan diberikan untuk menanam semua atau membubuh baja kepada pokok-pokok bunga yang terdapat disekitarnya disamping membuang sampah sarap sekiranya ada. AJK yang mengetuai zon ini ialah En Mohammad Asmi bin Mohd Din

3.2 Zon 2 : Kawasan bahagian luar pagar depan sekolah. Pembersihan kawasan ini ditumpukan kepada pembersihan longkang dan membaja pokok-pokok hiasan yang terdapat di kawasan tersekitarnya. Tembok pagar juga dicadangkan untuk dicat supaya kelihatan lebih ceria dan bersih. AJK yang mengetuai zon ini ialah En Mohd Noordin bin Yunan. Pihak penganjur juga akan cuba mendapatkan bantuan daripada pihak Majlis Pembandaran Ampang Jaya.

3.3 Zon 3 : Kawasan kantin, pagola dan sekitar kawasan Teduhan Damai. Kerja-kerja akan ditumpukan untuk mengelokkan atau mengemaskan pokok-pokok yang terdapat pada pagola. Ini memandangkan pokok-pokok bunga hiasan yang terdapat di situ kelihatan tidak terurus. Zon ini akan diketuai oleh En Jamian bin Basar.

3.4 Zon 4: Kawasan belakang sekitar pra-sekolah dan bahagian tengah bangunan berhampiran pejabat. Tumpuan diberikan untuk membersih dan mengindahkan kawasan sekitaran tersebut. Penanaman pokok-pokok bunga tambahan juga akan diusahakan. Kawasan ini diketuai oleh Dr Zanariah dan Puan Nor Aida.

4. AJK Induk.

Penasihat : 1. Puan Nor Adibah bte Yusoff Guru Besar SKTK

2. Tuan Hj Abdul Hamid bin Surip YDP PIBG

Pengerusi : En Rahamat bin Abdul Manan.

Setiausaha : En Azman bin Hj Che Hasan.

Bendahari : En Mohd Afrizan bin Awang.

AJK : Semua AJK PIBG dan guru-guru SKTK1

5. Kos program.

5.1 Kos program ini akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK PIBG kali ke-4 pada 23 Julai 2008.

6. Lain-lain hal.

6.1 Jamuan makan, dicadangkan ibu bapa membawa makanan masing-masing dari rumah dan sebahagiannya ditampung oleh PIBG dan derma ibu bapa.

6.2 Peralatan asas seperti sabit, parang, cangkul dicadangkan dibawa oleh ibu bapa di samping pihak sekolah yang menyediakan seperti wheel Barrow, pongkas, dan alat pemangkas dahan. Manakala tambahan alatan di minta bantuan daripada pihak MPAJ.

6.3 Dari segi keselamatan, minta pihak sekolah menyediakan peti first aid kits yang mempunyai keperluan asas untuk merawat luka-luka ringan.

6.4 Pihak penganjur juga akan meminta bantuan murid-murid yang menghadiri kegiatan ko-kurikulum mereka pada hari itu untuk membantu kerja-kerja ringan.

6.5 Persetujuan dan kelulusan dan lain-lain akan dibuat dalam mesyuarat AJK kali ke-4.


Wednesday, June 25, 2008

MAKLUMAN

Hasil mesyuarat AJK PIBG petang tadi (25 Jun 2008), pihak PIBG telah merangka berberapa aktiviti yang akan dijalankan dalam masa yang terdekat. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah gotong-royong yang dijadual diadakan pada 9 Ogos 2008. Tumpuan gotong-royong ini ialah kepada proses menghijaukan lagi kawasan sekolah dengan tumbuh-tumbuhan. Dijangka pada hari tersebut PIBG dan pihak sekolah akan bersama-sama membersihkan kawasan sekolah dan menanam pokok-pokok buah-buahan. Mesyuarat AJK akan diadakan pada 9 Julai bagi menyelaraskan perjalanan program tersebut. Maklumat lanjut akan dikemaskini oleh admin dari masa ke semasa.

Thursday, June 19, 2008

MAKLUMAN

MESYUARAT AJK KALI KE-3

AJK PIBG akan mengadakan mesyuarat kali ke-3 pada ketetapan seperti berikut;

Tarikh : 25 Jun 2008 (Rabu)
Tempat: Bilik Gerakan SKTK1
Masa : 5.30 petang

Antara agenda yang akan dibincangkan ialah;

1. Ucapan YDP PIBG
2. Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat lalu.
3. Perkara berbangkit.
4. Pembentangan penyata kewangan.
5. Laporan pihak sekolah @ Guru Besar.
6. Hal-hal lain.
7. Penutup.


Monday, June 9, 2008


Selamat kembali ke sekolah kepada warga SKTK1. Murid-murid kembali menimba ilmu, guru-guru pula sibuk dengan tugas mengajar. Semoga guru-guru dan murid-murid akan lebih bersemangat lagi di penggal yang baru ini.

Monday, June 2, 2008


Pihak PIBG dan Admin blog ini mengucapkan selamat bercuti kepada warga SKTK1. Sayugianya semasa cuti sekolah ini pelbagai aktiviti akan dijalankan oleh kita seisi keluarga. Bagaimanapun, pelajaran anak-anak kita janganlah kita lupakan. Pastikan anak-anak kita membuat kerja rumah yang disediakan oleh guru-guru meraka bagi mengisi masa cuti mereka ini. Pihak PIBG berharap semoga cuti kali ini dapat merapatkan lagi hubungan kekeluagaan anda semua warga SKTK1. Selamat Bercuti Sekali Lagi.

Tuesday, May 27, 2008

AJK PIBG SKTK1 SESI 2008-2009

Berdiri dari kanan: Pn Kamilia Azma, En Mohd Afrizan, En Muhamad Asmi, En Noordin, En Jamian.
Duduk dari kanan: Pn Yusnita, Dr Zanariah, Pn Nor Aida, Pn Nor Adibah (Guru Besar), Tn Hj Abdul Hamid (YDP), En Rahamat (NYDP), En Azman (SU), Pn Nor Rafidah.

Monday, May 26, 2008

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2008

Anugerah tokoh guru SKTK1 2008, Cikgu Khairi


Persembahan tarian daripada murid-murid pra-sekolah merupakan salah satu daripada acara yang memeriahkan lagi sambutan Hari Guru tahun ini.



Sambutan juga diserikan dengan tarian tradisional daripada murid-murid tahun 5 di bawah bimbingan Cikgu Mohd Darus.

Program Keibubapaan Ajuran PIBG





Program Keibubapaan ini telah diadakan pada 12 April 2008 iaitu pada hari Sabtu. Objektif program adalah untuk mendedahkan kepada ibu bapa terutamanya ibu bapa murid-murid tahap 2 bagaimana cara untuk memaksimumkan pencapaian anak-anak mereka bukan sahaja dalam bidang pelajaran tetapi juga bidang-bidang lain dalam kehidupan.