Wednesday, July 1, 2009

Mesyuarat AJK PIBG Bil 2/2009

Mesyuarat AJK PIBG SKTK1 bil2/2009 telah diadakan pada 25 Jun 2009 yang lalu. Antara isu yang dibincangkan ialah perancangan yang akan diadakan oleh pihak PIBG bersama-sama dengan pihak sekolah. Antaranya ialah malam restu yang akan diadakan seminggu sebelum murid-murid tahun 6 menduduki peperiksaan UPSR.
Selain itu turut diputuskan dalam mesyuarat kali ini ialah program Hari Kantin yang akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfiti nanti. En Rahamat Naib Yang Di-Pertua telah diamanahkan sebagai pengerusi bagi menyusun dan merialisasikan program ini. Objektif utama program ini ialah untuk mengumpul dana untuk PIBG sekolah ini yang akan digunakan untuk membiayai program dan aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun.