Saturday, February 28, 2009

GOTONG-ROYONG PIBG SKTK1 2009

PIBG SK Taman Keramat 1 telah mengadakan program gotong-royong pada 28. Februari 2009 yang lalu. Objektif utama program ini ialah untuk membersihkan kawasan sekitar sekolah di samping menjalinkan hubungan erat antara guru dan ibu bapa.
Program ini telah mendapat sambutan yan
g menggalakkan daripada ibu bapa. Turut memberikan bantuan ialah pekerja-pekerja dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dalam melancarkan lagi aktiviti ini.
Dengan program yang telah berjaya menarik ramai ibu bapa ini adalah diharapkan akan memberikan impak yang positif terhadap hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa. Pihak PIBG juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjalankan program ini. Diharap program seumpama ini akan dapat dijalankan di masa-masa akan datang.- SU

Guru-guru yang terlibat menyediakan jamuan pada program tersebut.



YDP PIBG Tn Hj Abdul Hamid bersama rakan sedang sibuk menyiapkan kerja-kerja gotong-royong.



Tn Hj Abdul Hamid memberikan sedikit penerangan.



Seorang pekerja kontrak MPAJ sedang menebang dan membersihkan pokok.




En Noordin, salah seorang AJK PIBG sedang tekun membersihkan kawasan belakang kantin sekolah.




Antara tempat yang dijadikan tumpuan pembersihan.




Wednesday, February 18, 2009

MAKLUMAN

Kepada semua ibu bapa dan penjaga yang mengunjungi blog ini dimaklumkan bahawa pihak PIBG SK Taman Keramat 1 akan mengadakan program gotong-royong yang akan diadakan pada:
Tarikh: 28 Februari 2009
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 hingga 12.00 tengah hari
antara tempat-tempat pembersihan yang akan dijalankan adalah seperti di perkarangan atau di persekitaran Dataran perhimpunan, mencantas pokok-pokok hiasan dan pokok besar yang terdapat dalam kawasan sekolah dan mengemaskan pokok menjalar di kawasan pagola bagi mengemas dan mencantikkan pandangan serta kebersihan kawasan sekitarnya.
Program mengecat papan hitam di dalam kelas juga akan dijalankan.
dengan itu pihak AJK menjemput semua ibu bapa dan penjaga murid-murid sekolah ini untuk datang beramai-ramai bagi menjayakan program ini.